Posts

Showing posts from June, 2015

APPLE : MAC YANG MANA PATUT SAYA BELI

Image
Dengan enam mac untuk dipilih, masing-masing mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi yanng berbeza, agar sukar bagi anda untuk membuat pilihan sewaktu hendak membelinya. Bagaimanakah untuk mengenalpasti mac yang terbaik untuk anda. Adakah patut anda beli Mac mini, Imac , Mac pro? Atau pun Macbook Air atau Macbook Pro Retina lebih sesuai dengan diri anda. Disini kami ingin membantu anda mencari Mac terbaik untuk anda belikan. Apple membuat enam jenis Mac, dan dalam setiap kategori terdapat kategori sub, variasi dalam spesifikasi dan ciri-ciri. Dalam ciri-ciri ini (Apa yang telah Apple kemaskini berikutan pelancaran MacBook, MacBook Air baru, MacBook Pro dan iMac Retina baru yang diperkenalkan pada Mei lepas) kami akan membawa anda melalui setiap Mac yang kini boleh didapati dari Apple; Mac yang paling sesuai untuk jenis pengguna; komputer Mac yang terpantas, komputer Mac yang termurah; dan komputer Mac yang nilainya terbaik untuk wang anda. Jenis Apple Mac & Harga Permulaan

APPLE : SSD VS HDD : APAKAH PERBEZAAN?

Image
Solid State Drive (SSD)                                               Hard Disk Drive (HDD) Kami akan berikan perbezaan antara  storan SSD dan HDD untuk membantu anda memahami jenis dan pilihan yang terbaik. Sejak akhir-akhir ini, pembeli PC mempunyai sangat banyak pilihan berkenaan dengan storan fail yang terdapat dalam laptop, ultrabook atau desktop mereka. Jika anda membeli ultrabook atau ultraportable, anda mungkin akan memperolehi SSD sebagai pemacu utama ( C: pada Windows, Machintosh HD pada Mac). Setiap Komputer atau laptop yang keluar daripada kilang mempunyai HDD. Sekarang anda boleh menyelaraskan sistem anda dengan pemasangan storan HDD atau SSD, atau juga boleh dipasang kedua-duanya sekali. Disitu anda dapat mengetahui kelebihan dan kekurang antara satu sama lain. Saiz dan Berat Komponen atau bahan yang terdapat pada HDD, seperti platter, head, dll sangat berpengaruh terhadap saiz atau dimensi serta berat dari HDD itu sendiri. Kerana teknologi HDD sangat bergantu

APPLE : MAC DAN KEPERLUAN SISTEM YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYOKONG OS X YOSEMITE

Image
Pada 2 Jun 2014, Apple melancarkan OS X "Yosemite" (10.10) - dinamakan sempena Taman Negara yang indah - dan melancarkan versi akhir pada 16 Oktober 2014. Siaran akhbar akhir Apple berjanji bahawa OS X Yosemite: Mempersembahkan sesuatu yang baru, kelihatan moden  dan memperkenalkan ciri Kesinambungan yang menjadikannya mudah untuk menyerahkan aktiviti antara Mac dan peranti IOS  dan juga membuat dan menerima panggilan iPhone dari Mac anda. Yosemite juga mempunyai paparan baru hari ini , yang direka semula seperti  Spotlight [search function]  dan versi terkini Safari, Mail, Mesej dan iTunes. Keperluan Sistem rasmi Apple secara rasmi menyatakan bahawa OS X Yosemite beroperasi pada kategori Mac berikut: iMac (Mid-2007 or later) MacBook (13" Late 2008 Aluminum, Early 2009 or later) MacBook Pro (13" Mid-2009 or later) MacBook Pro (15" Mid/Late 2007 or later) MacBook Pro (17" Late 2007 or later) MacBook Air (Late 2008 or later) Mac m

APPLE : Bagaimana mengatasi masalah tiada output audio pada macbook anda

Image
Beberapa hari yang lalu, macbook pro saya mengalami masalah ketiadaan Audio output, dimana keluar satu mesej yang memberitahu saya bahawa ia tidak mempunyai Output Peranti audio ( no Output Audio Devices ) untuk bunyi. Apabila saya menekan butang volumes dan butang mute tiada apa-apa yang berlaku, tiada bunyi, dan keluar simbol yang menunjukkan tiada peranti audio output untuk bunyi. Apabila saya memeriksa bunyi di  Sound Preferences Pane , saya dapati tiada Output Peranti audio ( no Output Audio Devices ) yang dijumpai. Nampaknya ini bukanlah suatu isu yang asing lagi bagi pengguna macbook kerana ramai lagi pengguna macbook yang mengalami masalah seperti saya, jadi disini saya ingin membantu anda semua dengan menyediakan 7 cara untuk membaiki masalah ini sebelum anda memutuskan ianya adalah masalah hardware. Saya tidak menjamin ianya berjaya atau tidak (anda mungkin mengalami masalah hardware atau sesuatu yang lain), ini adalah beberapa cara untuk memeriksa si

APPLE : Berapa Lama Lagi Bateri Macbook Anda Boleh Bertahan?

Image
MacBook, MacBook Air dan MacBook Pro datang dengan bateri litium polimer untuk memberikan hayat bateri maksimum dalam ruangan yang padat. Tahukah anda mengenai kitaran bateri? Mengenai Kitaran Bateri Penggunaan bateri macbook anda dikira dalam bentuk kitaran cas. Satu kitaran cas bermakna menggunakan semua kuasa bateri,tetapi tidak bermakna mengunakannya dengan satu cas. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan macbook anda selama satu jam atau lebih sehari, dengan menggunakan separuh cas, dan kemudian mengecasnya semula sepenuhnya. Jika anda melakukan perkara yang sama pada hari berikutnya, ia akan dikira sebagai satu kitaran cas, bukan dua, jadi ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk melengkapkan kitaran. Bateri mempunyai kitaran cas yang terhad sebelum ia dianggap kehabisan kuasa ( komponen kimia yang berada didalam bateri dianggap habis dan perlahan-lahan dari masa ke masa bateri akan kehilangan keupayaan untuk menahan cas.), Setelah kehabisan kuasa