Tanda-Tanda Komputer Terkena Virus



Mungkin ramai golongan pengguna komputer masih kurang faham dengan masalah komputer terutama apabila ianya berkaitan dengan masalah virus.  Masalah ini sememangnya masalah yang berat tetapi di sebabkan sikap kita yang kurang mengambil tahu tentang ini menyebabkan masalah ini bertambah parah dan seterusnya tidak dapat di selesaikan dengan mudah malah terpaksa menformat komputer semula.

Dalam dunia tanpa sempadan ini apa sahaja boleh berlaku.  Kecanggihan teknologi juga boleh disalah guna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain.  Walaupun kita mempunyai perisian antivirus ianya belum tentu dapat menjamin 100% selamat.  Tahukah anda apakah tanda-tanda jika komputer kita terkena virus??




Antara tanda-tanda komputer kita terkena virus adalah seperti dibawah : 
  1. Komputer sering menjadi lambat dari biasa
  2. Menu run, search di sembunyikan oleh virus
  3. Folder asli pada komputer di sembunyikan dan digantikan dengan file virus
  4. Komputer yang digunakan sering terhenti atau tidak ada tindak balas
  5. Hard disk tidak boleh diakses atau berfungsi dengan baik
  6. Aplikasi komputer tidak berjalan dengan baik dan sering 'ERROR'
  7. Terdapat file dan ikon folder tetapi mempunyai file type.eye
  8. Sering terpapar menu atau dialog box yang rosak
  9. Program atau aplikasi yang sebelum ini digunakan crash secara tiba-tiba
  10. perisian antivirus hilang secara tiba-tiba
  11. Perisian antivirus tidak boleh di install 
  12. Saiz sesuatu fail berubah
  13. Fail yang di simpan hilang satu persatu
  14. Komputer akan menjadi hang selepas dibuka
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang virus komputer,  komputer virus,  komputer kena virus, komputer terkena virus,  computer virus,  virus,  ok computer solution shah alam,  ok computer solution, kedai komputer shah alam,  kedai komputer di shah alam,  repair laptop shah alam,  pickup and delivery service,  pickup and delivery,  delivery service.

Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285


Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS