Posts

Showing posts from 2014

Karnival Mini Kiddo @ Preneur di Foyer Platinum Sentral, Kuala Lumpur

Image
Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!

Service Pickup & Deliver di Kuang, Sg.Buloh

Image
Kali ini kami menyelesaikan masalah satu unit PC milik En.Sazalizan di mana juga pemilik kilang buatan besi angkut untuk lori sampah dan binaan. Masalahnya cuma di mana bila beliau ON sahaja komputernya terus tiada paparan yang keluar daripada monitor. Jadi, kami mengambil sedikit masa untuk memastikan masalah yang sebenar berpunca daripada kilat yang terkena kawasan kilang ini dan terus efek kepada motherboard komputer ini. Jika kita tidak mempunyai pendinding daripada kilat, masalah sebegini akan terjadi kepada setiap perkakas komputer kita. Pastikan anda mempunyai 'Automatic Voltage Regulator' untuk memastikan arus elektrik berada dalam keadaan stabil setiap masa. Langkah yang diambil untuk membaiki komputer En.Sazalizan ini adalah menggantikan motherboard komputer beliau yang telah rosak kepada motherboard yang baru. Katanya, kerja-kerja melibatkan nilai ribuan ringgit dilakukan di dalam komputer beliau ini, jadi beliau amat memerlukan penggunaan komputernya. Masalahnya ter

Jenama Laptop Terbaik Harus Anda Beli...

Image
Baiklah, kebiasaanya pembeli akan menilai laptop berdasarkan   jenama, rekabentuk, prestasi, warna  dan  harga . Pada kali ini, saya cuma berkongsi pengalaman saya sebagai penjual laptop sambilan. Lakaran Menggunakan Pensil 2B...! Petua Buat sedikit "research" top 10 atau top 5 laptop yang paling anda suka. Saya berikan contoh top 10... 1. Asus 2. Fujitsu 3. Apple 4. Dell 5. Toshiba 6. HP 7. Lenovo 8. NEC 9. Samsung 10. Sony Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka. Saya senaraikan 5 contoh pilihan saya sendiri. 1. Asus 2. Dell 3. Samsung 4. NEC 5. Fujitsu Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai. Saya berikan contoh pilihan 3 terbaik. ( pilihan saya sendiri ) 1. Asus 2. Dell 3. Fujitsu Akhir sekali, pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan. Petua ini top 10, top 5 dan top 3 adalah berdasarkan 5 perkara :  1. Jenama 2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM,  ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi ) 3. Rekabentuk ( be

Mudah percaya pada tawaran software percuma terutama Antivirus?

Image
Adakah anda suka dan mudah percaya pada tawaran perisian percuma terutama anti virus?? Jangan download sebarang!! Kebiasaannya pengguna mudah suka dan tertarik serta mudah percaya dengan tawaran software percuma yang diberikan terutama anti virus. Perisian yang di beri percuma itu sebenarnya mempunyai tempoh had yang digunakan. Ia juga dikategorikan sebagai program shareware yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk membelinya. Apabila perisian itu tamat tempoh anda di nasihatkan untuk beli perisian itu kerana antivirus itu akan bertukar menjadi virus dan ia akan mendatangkan masalah kepada laptop seperti laptop akan menjadi lembab untuk berfungsi. Masalah ini sering berlaku kepada pelajar yang menuntut di IPT. Kebanyakan dari mereka menganggap anti virus percuma ini sama seperti anti virus berbayar. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan yang ketara. Antaranya dari segi 'protection' atau keselamatan yang disediakan. Selalunya anti virus yang berbayar ini mempuny

Jenis-jenis Virus

Image
Virus komputer adalah sebuah istilah umum untuk menggambarkan segala jenis serangan terhadap komputer. Elakkan komputer anda dari serangan virus ini!! Virus merupakan sebuah program yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran pengguna. Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitan. Virus ini  terdapat dalam pelbagai jenis.  Ia juga boleh dikategorikan dari cara kerjanya. Contoh virus yang sering menyerang komputer pengguna ialah seperti worm. Worm merupakan lubang keamanan atau celah kelemahan pada komputer kita. Cara virus ini menyerang ialah dengan menduplikatkan dirinya pada hard disk dan membuat sumber daya komputer (hard disk) menjadi penuh. Selain itu, virus trojan juga sangat bahaya. Ia adalah sebuah program yang memungkinkan komputer kita di kontrol oleh orang lain melalui jaringan internet. Antara kesan-kesan yang dialami oleh komputer akibat daripada virus worm

Bagaimana Cara Virus Menjangkiti Komputer ?

Image
                                   Terdapat pelbagai cara untuk virus menjangkiti komputer.  Adakah anda tahu bagaimana?? Virus merupakan sebuah  momok yang perlu diwaspadai oleh pengguna agar keadaan komputer sentiasa terjaga dengan baik. Virus juga boleh mencemarkan program dan fail data supaya ia berfungsi dengan pelik, tidak berfungsi langsung atau mengakibatkan kerosakan bila di jalankan. Virus ini dapat menjangkiti komputer dengan pelbagai cara seperti melalui e-mail, download, internet, WiFi (lan, WLAN),  pengiklanan online seperti dengan mengklik pada sesetengah iklan virus dapat menjangkiti kepada komputer.                                       Para pembuat virus sebahagian besar memanfaatkan media internet sebagai cara untuk menyebarkan virus buatan mereka dengan tujuan tertentu. Cara ini merupakan salah satu cara yang paling efektif. Internet juga membolehkan para user mengakses data dengan jangkauan seluruh dunia.  Antara cara lain untuk virus menjangkiti komputer ialah mel

Bagaimana Cara Kurangkan Risiko Kerosakan Hard Disk Laptop?

Image
Hard disk drive (HDD, hard drive, hard disk, atau disk drive) adalah perangkat untuk menyimpan dan mengambil maklumat digital terutama pada data komputer.  Selain digunakan untuk menyimpan data dalam sebuah komputer (internal HDD), hard disk juga dapat digunakan dalam external data storage (penyimpanan external data).Kebiasaannya hard disk akan mudah rosak apabila pengguna sering menggunakan laptop sepanjang masa tanpa tutup. Ia boleh mengakibatkan kerosakan pada HDD laptop. Selain itu, cara tutup laptop dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan hard disk laptop rosak. Terputus arus elektrik atau arus yang tidak stabil boleh menyebabkan berlaku boot sector. Hal ini akan menyebabkan hard disk yang digunakan cepat rosak.                                      Terdapat banyak cara untuk mengurangkan masalah kerosakan hard disk ini. Seperti jika laptop anda secara tiba-tiba hang atau jem jangan terus tutup laptop dengan menekan butang  power off kerana ia akan mengakibatkan sektor hard d

Tanda-Tanda Komputer Terkena Virus

Image
Mungkin ramai golongan pengguna komputer masih kurang faham dengan masalah komputer terutama apabila ianya berkaitan dengan masalah virus.  Masalah ini sememangnya masalah yang berat tetapi di sebabkan sikap kita yang kurang mengambil tahu tentang ini menyebabkan masalah ini bertambah parah dan seterusnya tidak dapat di selesaikan dengan mudah malah terpaksa menformat komputer semula. Dalam dunia tanpa sempadan ini apa sahaja boleh berlaku.  Kecanggihan teknologi juga boleh disalah guna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain.  Walaupun kita mempunyai perisian antivirus ianya belum tentu dapat menjamin 100% selamat.  Tahukah anda apakah tanda-tanda jika komputer kita terkena virus?? Antara tanda-tanda komputer kita terkena virus adalah seperti dibawah :  Komputer sering menjadi lambat dari biasa Menu run, search di sembunyikan oleh virus Folder asli pada komputer di sembunyikan dan digantikan dengan file virus Komputer yang digunakan sering terhenti atau tidak ada tindak balas Hard

Kesan Gunakan Laptop Lebih Dari Had Masa

Image
Laptop sangat penting pada zaman kini namun masih ramai pengguna yang tidak tahu tentang cara penggunaan dengan betul. Menggunakan laptop lebih dari had masa boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada para pengguna. Adakah anda tahu kesan buruk gunakan laptop lebih dari had masa?? Kebanyakan pengguna sebenarnya tidak tahu tentang kesan yang akan berlaku sekiranya menggunakan laptop lebih dari had masa. Sebenarnya menggunakan laptop lebih dari had masa adalah sangat bahaya kerana laptop yang digunakan mudah rosak. Apabila menggunakan laptop lebih dari had masa kebiasaannya para pengguna tidak akan menggunakan bateri pada laptop sebaliknya mereka lebih gemar menghubungkan laptop itu terus ke soket elektrik. Ia adalah satu tindakan yang bahaya kerana arus elektrik akan langsung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepatkan kerosakan. Selain itu, menggunakan laptop lebih dari had masa juga boleh mendata

Perbezaan Sleep Dengan Hibernate

Image
Adakah anda tertanya-tanya apakah perbezaan antara 'sleep' dengan 'hibernate'? padahal fungsinya lebih kurang sahaja. Tapi apakah perbezaan antara dua ini?? 'Sleep' dan 'Hibernate' adalah perkataan yang sering kali kita jumpa dalam laptop atau komputer apabila kita hendak menangguhkan kerja tanpa menshutdown komputer. Apabila kita hendak menangguhkan kerja tanpa menshutdownkan komputer kita akan memilih 'sleep' atau 'hibernate'. Namun tahukah anda bahawa kedua-dua ini memiliki perbezaan tanpa kita sedari? Perbezaan antara sleep dan hibernate ialah 'sleep' seperti seolah-olah kita sedang pause DVD player. Laptop akan terus berhenti daripada bekerja. Selepas itu ia akan bersedia untuk memulakan kerja balik bila on laptop atau komputer tersebut. Ia untuk menjimatkan kuasa elektrik dan komputer akan berhenti membuat pekara yang dibuat.  'Hibernate' pula ialah seperti komputer akan simpan semua dokumen dan program dalam hard di

Kebaikan Dan Keburukan Internet

Image
Internet atau interconnection networking merupakan sistem global dari jaringan komputer yang saling terhubung menggunakan standart internet protokol suite (TCP/IP) untuk melayani pengguna seluruh dunia. Internet telah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian kepada kehidupan manusia yang hidup pada zaman ICT kini. Internert yang dibangunkan dengan kegunaan asasnya iaitu perkongsian menjadikan internet ini pesat untuk keperluan manusia zaman kini yang menginginkan kepantasan dalam komunikasi. Internet banyak memberi manfaat kepada belia terutama kepada  pelajar IPT. Ia membuka satu dimensi baru kini sebagai satu sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia juga hampir menggantikan kaedah pembelajaran dan pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan. Internet dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan segala maklumat terkini dalam semua bidang. Disamping itu, internet juga banyak memb

Service on-site di Kedai Buku Stella, Mutiara Damansara

Image
Oleh kerana kedai ini terlalu ramai sangat customer yang datang untuk print menggunakan pendrive, ada satu masalah besar yang timbul. Apakah itu? Ianya adalah perkongsian Virus yang telah tersebar daripada setiap pendrive dan akan berjangkit sekiranya customer baru datang untuk print kerja mereka. Ibaratnya PC di kedai ini telah menjadi gudang Virus dek kerana banyaknya pendrive yang masuk tanpa tapisan Antivirus terlebih dahulu. Implikasinya telah menyebabkan PC ini menjadi HANG, lembab dan menyakitkan hati penjaganya. Oleh itu, dengan kepakaran yang kami ada PC ini telah pulih seperti sediakala. Apa yang kami buat? Kami backup semua document yang penting milik kedai ini, kemudian kami format seperti biasa. Paling penting kami telah install Antivirus agar PC kedai ini menjadi peranti kepada Virus yang mendatang. Jika anda ada masalah seperti di atas, bolehlah hubungi nombor di bawah : Call/SMS/Whatsapp Office - 0377316761 atau Email ke : info@okcomputersolution.net Untuk Urusan Boleh

Service on-site di IUKL, Kajang, Selangor

Image
OK Computer Solution HQ (Damansara Perdana) dengan kerjasama OK Computer Solution Shah Alam baru-baru ini telah mendapat satu tawaran untuk membekalkan 10 unit RAM kepada 10 unit PC bagi makmal IT, IUKL ini. Proses untuk memasang kesemua RAM kepada 10 unit PC ini cuma mengambil masa tidak kurang daripada setengah jam termasuk proses untuk checking sekali. Apa kegunaan tambah RAM? Kegunaannya adalah untuk menampung pelbagai program yang dibuka dalam satu masa dalam kadar laju. Contohnya kalau kita dah buka program Google Chrome juga buka program Autocad serta tambah lagi dengan playlist video sudah pasti akan menyebabkan perjalan kesemua program ini perlahan. Jadi untuk melajukan dan meringankan perjalan ini sudah pastinya RAM ini ditambah atau diupgrade kepada nilai yang lebih tinggi. Contohnya lagi daripada 1GB kepada 2GB dan ke atas. Jika anda ada masalah dengan prestasi yang menyedihkan daripada komputer atau laptop anda, bolehlah cuba salah satu cara ini dengan menambah RAM kepada

Service Pickup Barang IT di MARC

Image
Untuk pengetahuan anda semua, kami juga menerima barangan IT daripada mana-mana syarikat yang sudah tidak menggunakannya lagi. Dalam erti kata lain, sudah membeli barangan yang lebih canggih dan sebagainya. Di bawah adalah antara gambar barangan yang kami ambil daripada organisasi rating di Malaysia iaitu Malaysian Rating Corporation Berhad. Untuk mendapatkan khidmat kami, boleh berhubung dengan Call/SMS/Whatsapp atau Email : info@okcomputersolution.net Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun Solihin - Pengurus Pusat 012 3653285