Repair Laptop Acer Aspire 4935 / 4935G

Repair Laptop Acer Aspire 4935 / 4935G

Hari ini kami ingim berkongsi dengan anda tentang laptop model Acer Aspire 4935 dan 4935G. 4935 dan 4935G adalah model pertengahan Acer dalam jenis entertainment. Jenis entertainment tu macam mana? Jenis entertainment adalah laptop yang mempunyai button media yang terdapat dalam gambar diatas. Button yang berada selain daripada button keyboard. 
Masalah Laptop Acer Aspire 4935 / 4935G

Laptop ini mempunyai masalah yang memang kerap atau senang dikata masalah wajib iaitu untuk ON laptop kena pakai bateri. Kalau pakai adapter tanpa bateri laptop tidak boleh ON. Kalau bateri tiada power laptop juga tidak boleh ON. Jadi masalah ini amat amatlah membebankan jika pengguna lupa untuk membawa bateri ketika bekerja kerana laptop tidak sama sekali boleh ON tanpa bateri.

Punca kepada masalah tersebut adalah, powerchip controller yang sudah "pening" dan "mabuk" atau bahasa senangnya ialah sudah rosak. Kami mengjangkakan bahawa powerchip controller yang digunakan adalah yang tidak bermutu tinggi ataupun low class. Setiap laptop model 4935 ini akan mengalami masalah yang sama.

Cara penyelesaian

Jadi kami pun bertindak dengan pantas dan tangkas menukarkan powerchip controller tersebut dengan powerchip controller yang baru. Powerchip tersebut diimport dari luar negara dan kami pastikan powerchip tersebut adalah yang betul betul berkualiti. Setelah kami berpuas hati dengan kualiti powerchip tersebut barulah kami memasangkan kepada laptop pengguna yang bermasalah.

Masalah Laptop Acer Aspire 4935 / 4935G

Selain masalah ON kena pakai bateri, laptop ini juga mengalami auto shutdown. Memang model ini popular dengan 2 masalah ini. Ramai orang membuat keputusan untuk menukarkan hard disk kerana mereka menyangka bahawa hard disk yang bermasalah. Untuk laptop model lain kalau berlaku auto shutdown memang boleh diterima tetapi bukan untuk model ini. 

Apabila mereka menukar hard disk, masalah yang sama juga berlaku. Masalah ini sama dengan model 4736. Dah membazir di situ. Mereka tidak berpuas hati, mereka menukar pula RAM. Jawapan yang sama juga mereka dapat. Malasah berlakunya auto shutdown bagi model ini adalah disebabkan chipset yang mengawal hard disk telah rosak. Chipset tersebut sangat sangat kecil dan sangat sensitif terhadap haba. 

Cara penyelesaian

Kami sangat beruntung kerana mempunyai pakar technician yang memang ternyata pakar dalam bidang membaiki motherboad. Chipset tersebut perlu diganti dengan yang baru dimana kami gunakan yang berkualiti sahaja. Memang ternyata dengan kaedah yang kami guna pakai adalah cara yang dapat menyelesaikan masalah itu.

Antara Laptop yang berjaya Dibaiki

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair acer aspire 4935, acer aspire 4736, acer aspire, aspire 4935, acer aspire 4935g, acer aspire notebook, acer aspire 4736z, laptop autoshutdown, computer autoshutdown, acer notebook

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS