Posts

Showing posts from August, 2012

Repair Laptop Screen Compaq Presario CQ40

Image
Repair Laptop Screen Compaq Presario CQ40 Skrin ini mengalami kerosakan iaitu muncul garis garis di bawah skrin. Jikalau terdapat garis walau dimana sekalipun pada skrin itu menandakan skrin sudah sampai waktu untuk rosak. Bergantung kepada individu untuk menukar ataupun tidak mengikut tahap kerosakan. Biasa kalau yang macam gambar di atas boleh lagi di pakai untuk 2 3 bulan sebelum banyak lagi garisan garisan yang muncul kerana garis garisan ini "berjangkit" dan boleh merebak. Gunakan skrudriver yang sesuai untuk membuka skru di bawah frame. Sebelum itu gunakan pisau jikalau boleh untuk membuka penutup skru berkenaan terlebih dahulu. Untuk membuka skru ini skil perlulah tinggi kerana agak sukar untuk membukanya. Kami yang selalu membuat kerja ini pun mengambil masa sedikit untuk membuka. Selepas frame hadapan dibuka dan frame belakang dipisahkan dengan skrin, gunakan skrudriver bermata sedikit kecil untuk membuka skru yang mengikat skrin dengan pemegang skrin. Hati hati jang

Repair Laptop Screen Hp G42

Image
Repair Laptop Screen Hp G42 Hari ini kami ingin berkongsi skil skil yang kami gunakan untuk menukar skrin Hp G42. Bagi yang ingin mencuba silakan dan bagi yang rasa tak ada konfident tu jangan la cuba cuba, nanti rosak pula screen free free. Gambar ini menunjukanan screen yang telah rosak disebabkan telah habis jangka hayat atau lebih kasarnya dah sampai masa untuk ditukar. Buatlah macam mana pun display tidak akan lagi keluar daripada screen itu kecuali ditukar kepada screen yang baru. Langkah pertama dengan berhati hati dan dengan tenang cabutkan frame yang menutup keseluruhan skrin. Sebelum itu pastikan anda telah membuka skru yang terdapat di bawah frame berkenaan. Buka skru yang mengikat pemegang skrin dengan frame belakang skrin. Pastikan semasa anda memisahkan frame dengan pemegang skrin tiada lagi skru yang terikat supaya tiada port skru yang akan rosak. Seterusnya condongkan skrin yang masih terikat dengan pemegangnya dan buka skru yang mengikat skrin dengan pemegang. Pastikan

Repair Laptop Screen Dell Studio 1435

Image
Repair Laptop Screen Dell Studio 1435 Salam sejahtera kepada semua dan pada hari ini 29hb 8 2012 kami membuat sedikit info mengenai laptop dell studio 1435 dengan masalah common bagi laptop ini. Kami juga menyediakan solution yang terbaik bagi menangani masalah tersebut.  Masalah Laptop Dell Studio 1435 Apa yang selalu terjadi kepada laptop dell ini? Ada bayang bayang hitam memanjang Garis garis kecil yang menyakitkan penglihatan Anda boleh melihat garis garisan yang sepatutnya tidak patut wujud dalam display skrin itu kan. Keadaan ini amatlah tidak menyenangkan mata untuk membuat mahupun bermain game yang paling penting. Seolah olah ada bayangan ketika kita mengerak gerakan curser dan juga icon keluar dalam display.  Punca Masalah Kami mengenal pasti bahawa model ini dan adik beradiknya memang mempunyai masalah seperti ini. Kami lihat dan kaji skrin original dell yang dipakai pengguna laptop ini memang kami berani berkata bahawa mereka menggunakan skrin yang tidak berkualiti atau &quo

Repair Notebook 1 Malaysia

Image
Repair Notebook 1 Malaysia Selamat bertemu dan bersua kembali dan tidak terlupa dan sebelum terlambat, selamat hari raya diucapkan kepada semua. Jika melihat kepada gambar diatas semestinya anda sangat sangat mengenali notebook di atas brand apa. Notebook 1 Malaysia semakin banyak penggunaanya di Malaysia kerana inisiatif dari kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang IT. Masalah Notebook 1 Malaysia Namun, notebook berlambangkan 1 Malaysia ini sering kali dan kami sudah lali untuk meneka apakah masalah setiap kali pengguna menghantar laptop ke kedai kami. Apakah masalah yang sama yang dialami oleh notebook 1 Malaysia ini? Notebook ini sentiasa mengalami "kebakaran" dan "hangus" apabila sampai ke kedai kami. Ini memang masalah yang serius kerana boleh membahayakan nyawa serta boleh merosakan harta benda. Setiap kali notebook 1 Malaysia masuk ke kedai, kami akan berasa sangat cemas untuk menerimanya kerana ia melibatkan api yang boleh me

Cara untuk mengesan laptop anda rosak dan apa yang anda perlu lakukan

Image
Model Compaq yang semakin melonjak naik kerana kerosakan yang sangat ditakuti oleh setiap pengguna laptop iaitu masalah MOTHERBOARD!!! Sebab Utama Selalunya masalah ini berpunca dari chipset nvidia atau chipset ATI yang dah rentung terbakar Punca chipset ini rosak adalah berpunca dari masalah overheat atau sistem penyejukan processor yang tidak efisien Punca overheat adalah habuk dan debu yang melekat di heatsink atau kipas yang tidak dicuci beberapa tahun Bagaimana hendak mengelak masalah ini?  Sila klik sini Bagaimana nak tahu compaq presario CQ42 saya ada masalah motherboard atau tidak? Tetapi jika laptop compaq presario CQ42 anda sudah tidak dapat diselamatkan Atau dengan kata lain, bila on tak ada visual di skrin. Nak kesan chipset grafik kat motherboard tu ada masalah boleh rujuk video laptop CQ40 salah seorang customer kami di bawah. Untuk makluman setiap CQ40 dengan CQ42 adalah adik beradik dan berbeza casing luaran sahaja. Video Compaq CQ40 yang rosak Seperti yang anda lihat ,

Repair Laptop Dell Inspiron 1440

Image
PERHATIAN!!! KEPADA PENGGUNA LAPTOP DELL INSPIRON 1440 . Laptop ini amat terkenal dengan rekabentuknya yang simple dan kukuh. Namun, Ramai yang diantara anda tidak sedar dengan masalah yang dihadapi oleh laptop ini. Apa masalahnya?? Ramai pelanggan kami yang menghantar laptop Dell Inspiron 1440 mereka mengalami masalah boleh on tapi tiada gambar yang keluar di LCD screen, led caps lock, num lock berkelip-kelip.  Untuk pengetahuan anda, ini merupakan mesej yang dihantar terus dari motherboard menyatakan bahawa chipset laptop sudah rosak. Selalunya jika chipset rosak ini berpunca daripada ruang udara masuk atau keluar tersumbat dengan habuk.  Tetapi bagi laptop Dell Inspiron 1440 ini, bukan itu puncanya. Puncanya adalah, Kipas penyejuk chipset dan processor mudah untuk rosak. Kadar angin yang masuk tidak mencukupi untuk menyejukkan chipset dan processor. Dan begitu juga haba panas yang di hasilkan daripada chipset ini tidak dapat dikeluarkan. Masalah ini mungkin datangnya dari kesilapan

Repair Laptop Compaq Presario CQ40

Image
Repair Laptop Compaq Presario CQ40 Gambar-gambar diatas adalah laptop Compaq Presario CQ40 yang telah berjaya direpair dan ditukarkan screen selama 10 hari kita berada di dalam bulan Ogos ini. Memang tidak disangkal lagi bahawa laptop yang berjenama Compaq Presario CQ40 ini adalah laptop yang paling popular di kedai kami tidak kira di Damansara mahupun di Port Dickson dan juga wakil agen kami di Melaka. Kami mengakui bahawa laptop ini mempunyai banyak masalah berkaitan display dan juga motherboard iaitu cepat panas. Namun kami tidak mengatakan anda perlu memboikot atau tidak mahu memakai laptop berjenama ini tapi kami memang menyarankan sangat sangat bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah untuk memiliki laptop ini. Ini kerana semua jenis laptop akan mengalami masalah jika tuan milik laptop tidak pandai menjaga laptopnya sendiri. Antara staff kami disini ada yang memakai laptop Presario CQ40 ini dan alhamdulillah setakat 3 tahun ini belum lagi bermasalah. Jadi dinasihatkan agar se

Repair Laptop Twinhead J13S

Image
Repair Laptop Twinhead J13S Untuk entri 9/8/12 (nak dekat raya dah ni) kami menulis sedikit tentang laptop twinhead. Kami tahu ramai yang tidak tahu atau kenal dengan laptop berjenama twinhead. Jika berminat untuk tahu atau nak baca serba sedikit latar belakang twinhead sila klik    http://www.twinhead.com.my/news_detail.asp?menuid=100008&news_id=200090  Laptop twinhead ini mengalami masalah fan yang tidak berfungsi. Apabila digunakan dalam satu jangka masa laptop akan jadi panas serta hang sekejap-sekejap, lama-lama pun ada juga. Nasib baik tuan twinhead cepat-cepat datang kepada kami untuk bertanyakan masalah laptop beliau. Kami rasa semua sedia maklum yang jika laptop panas akan menyebabkan kerosakan motherboard dan mungkin terpaksa mengeluarkan modal yang lebih untuk direpair.  Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair laptop twinhead j13s, computer repair, repairs computer, why computer freezes, computer crashes, laptop fan, cooling fan,  Jika anda merasakan