Posts

Showing posts from 2011

Tips tips umum menjaga laptop anda

Image
Tips tips umum menjaga laptop anda.         Pastikan ianya cukup sejuk Laptop menjana banyak haba terutamanya jika anda menggnakan software terkini. Terlalu panas, anda berisiko merosakkan motherboard anda. Beginilah heatsink mengumpulkan habuk selepas 6 bulan Pastikan laptop anda mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dan pastikan anda tidak menghalang aliran angin dari kipas laptop kerana ianya satu satunya ruang udara yang ada! Pastikan anda menghantar laptop anda kepada pakar untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk bila : 1)      Laptop anda panas di bahagian kipas. 2)      Setiap 6 bulan sekali. Kipas selepas 6 bulan menyimpan habuk Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas beberapa lama laptop anda pasti akan memerangkap habuk di kipas processor. Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop akan terlebih panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard dan processor laptop

Menukar LED skrin Macbook Pro

Image
Menukar LED skrin Macbook Pro Semakin ramai customer kami yang datang menghantar MacBook Pro untuk membaiki LCD skrinnya. Semuanya datang dengan satu masalah sahaja, Skrin Pecah! dan untuk pengetahuan anda semua yang pakai MacBook Pro atau tidak, kos untuk menukar LCD skrin ini sangatlah mahal, kalau tanya kat Apple Service Center ----------- RM2400!!!   kos purata untuk menukar LED / LCD Skrin laptop biasa ---> RM300 hingga RM350 sahaja!!! Baik beli baru. So mujurlah kami ada kepakaran untuk menukar LCD skrin ini dengan kadar lebih kurang setengah yang dicas oleh Apple, harga murah, hasilnya sama jugak. So kat sini kami nak berkongsi salah satu MacBook Pro yang dihantar oleh salah seorang regular customer kami, Pakar Mata dari Hospital Klang. tapi Macbook ni bukan dia punya, Anak lelaki dia yang punya. Seperti para pembaca lihat di atas, amatlah kritikal kerosakan yang telah terjadi, khabarnya, laptop ini terjatuh. Kalau jatuh macam ini kami rasa amatlah tragis cara penjatuhannya D

Cara menjaga adapter charger yang anda semua tak tahu

Image
Tips tips menjaga adapter charger Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang bagaimana hendak menjaga komputer yang kami rasa patut dikongsi bersama anda semua. Kami merasakan amat berdosa jika tidak berkongsi pengetahuan yang kami ketahui kepada umum. Di sini adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu  1)  Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi. Adapter charger Compaq Presario CQ40 2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda. 3) Selalu cabut charger andabila charger anda sudah terlalu panas. Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop. Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus menjaga bateri dan charger anda. Adapter Charger Acer       4) Ap

Tips menjaga bateri yang anda tidak diberitahu

Image
 Tips- tips menjaga bateri 1)       Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila  pertama kali anda menggunakannya. 2)       Kemudian, TANPA ‘on’ laptop, cas bateri tersebut selama lapan 8 jam. Jika ‘indicator’ di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. Ingat, jangan sesekali ‘on’ laptop pada masa ini! 3)       Selepas lapan 8 jam, cabut adapter charger dari laptop, dan dengan HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut. 4)       Selepas ini, anda boleh mengecas bateri seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh      Tabiat yang perlu dielakkan 1)     Elakkan dari selalu mengecas bateri   - Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih  kurang 300 ke 500 pusingan cas.        Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan. Anda dinasihatkan

Masalah LCD SCREEN Compaq Presario CQ40, CQ41

Image
Kami mengetahui, laptop Compaq Presario CQ40 adalah antara laptop yang terlaris (pasal murah) DAN yang paling bermasalah sejak tahun 3 tahun kebelakangan ini laptop ini mungkin laris kerana designnya pada tahun 2007 ke 2008 adalah yang tercantik dalam kelasnya tapi semua orang tak tau, design CQ40 nilah yang paling susah nak dibuka oleh kedai komputer! nak tukar lcdnya bukan senang, kena bukak semua, ini kan nak bukak motherboard. Berikut adalah masalah yang dijana oleh laptop Compaq Presario CQ40 yang paling banyak singgah di kedai kami bermula dengan masalah LCD 1) Garisan mendatar pada bawah skrin 2) Garisan mendatar pada atas skrin 3) Garisan mendatar pada satu skrin 4) Gambar berbelang belang dan bergegar kenapa ianya terjadi? simple je, Skrin yang digunakan adalah yang tidak berkualiti Pasal tu harganya murah berbanding laptop lain, kerana pihak HP compaq dah kurangkan kos  pengeluarannya. Tetapi kerana masalah skrin ini, pihak HP compaq telah rugi berjuta ringgit untuk mengganti